Sukhoy
PAK FA/ T50
Sukhoi PAK FA (atau PAK-FA)
merupakan sebuah pesawat pejuang generasi ke-5
yang sedang dibangunkan oleh Rusia.
PAK FA merupakan singkatan bagi
Perspektivnyi
Aviatsionnyi Kompleks Frontovoi Aviatsyi (Перспективный
авиационный комплекс фронтовой
авиации dalam Bahasa Rusia) yang
bermaksud Sistem Pesawat Prospektif
Penerbangan Barisan Hadapan. Ia
sedang dibangunkan oleh Sukhoi OKB,
yang mana kod rujukan projek dalamannya
adalah T-50. Pembangunan PAK FA
adalah bertujuan untuk mengantikan pesawatpesawat
MiG-29 Fulcrum dan Su-27 Flanker di
dalam perkhidmatan dengan Tentera
Udara Rusia. Pesawat ini telah membuat
penerbangan sulung pada 29 Januari,
2010 dan dijangka akan memasuki
perkhidmatan dengan Tentera Udara Rusia pada
tahun 2013. PAK FA telah direka untuk
bersaing dengan pesawat F-22 Raptor dan
F-35 Lightning II, yang mana merupakan
jet pejuang generasi ke-5 di dunia.
SEJARAH
Pada akhir 1980-an, Kesatuan Soviet
telah menggariskan keperluan untuk pesawat
generasi baru bagi mengantikan
angkatan pesawat MiG-29 dan Su-27 dalam
perkhidmatan barisan hadapan. Dua
projek telah dicadangkan bagi memenuhi
keperluan ini, iaitu Sukhoi Su-47 dan
Mikoyan Projek 1.44. Pada 2002, Sukhoi telah
dipilih bagi mengetuai rekabentuk
pesawat tempur baru. PAK FA akan
menggabungkan teknologi dari kedua
pesawat Su-47 dan MiG 1.44.
Pusat Pengeluaran dan Saintifik
Teknokompleks, Ramenskoye Instrument Building
Design Bureau, Institut Penyelidikan
Saintifik Pembinaan Peralatan (Zhukovskiy),
Kilang Mekanikal dan Optikal Ural (Yekaterinburg),
firma Polet (Nizhniy Novgorod)
dan Institut Kejuruteraan Penyelidikan
Radio Pusat (Moscow) telah diumumkan
sebagai pemenang dalam pertandingan
yang diadakan pada awal 2003 untuk
membangunkan kelengkapan avionik bagi
pesawat generasi ke-5. NPO Saturn pula
telah dikenal pasti untuk mengetuai
kerja pembangunan enjin bagi pesawat ini.
Persatuan Pengeluaran Penerbangan
Novosibirsk Chkalov (NAPO) telah memulkan
pembinaan pesawat tempur generasi
ke-5. Kerja-kerja ini telah dilakukan di
Komsomol'sk-on-Amur; berdasarkan
kenyataan Pengurus Besarnya Fedor Zhdanov
semasa lawatan ke NAPO oleh Gabenor
Novosibirsk Oblast, Viktor Tolokonskiy
pada 6 Mac 2007.
Pada 8 Agustus 2007, Komander Tentara
Udara Rusia, Aleksandr Zelin telah dipetik
oleh agensi akhbar Rusia mengatakan
bahwa tahap pembangunan bagi program
PAK FA telah selesai dan pembinaan
pesawat prototaip untuk ujian penerbangan
telah bermula.
Karakteristik umum
·
Kru: 1/2 untuk versi India
·
Panjang: 22.0 m
·
Lebar sayap: 14.2 m
·
Tinggi: 6.05 m
·
Luas sayap: 78.8 m²
·
Bobot kosong: 18,500 kg
·
Bobot terisi: 26,000 kg
·
Bobot berguna: 7,500 kg
·
Bobot maksimum lepas landas: 37,000 kg
·
Mesin: 2× Saturn-Lyulka AL-41F turbofan
·
Dorongan kering: 96.1 kN masing-masing
·
Dorongan dengan pembakar lanjut: 152 kN masing-masing
Kinerja
·
Laju maksimum: Mach 2+ di altitud (2450+ km/j, 1,500 bsj)
·
Had-g: 9 g)
·
Laju jelajah: 1,300 km/j (807.8
bsj)
·
Jarak jangkau ferri: 4,000 to 5,500 km
·
Batas tertinggi servis: 20,000 m
·
Laju panjat: 350 m/s
·
Beban sayap: 470 kg/m²
·
Dorongan/berat: 0.84 (tujahan kering)
·
Dorongan/berat minimum:
·
Dengan pembakar lanjut: 1.19
·
Keperluan panjang landasan: 350 m (1,148 kaki)
·
Ketahanan: 3.3 jam (198 minit)
·
Persenjataan
·
Senjata api: 2× meriam dalaman berkaliber 30 mm
·
Titik keras: 8 tenggekan, 4 pada setiap belah pesawat.
Avionik
·
Radar: Radar N050(?)BRLS AESA/PESA (peningkatan
IRBIS-E) pada Sukhoi Su-35
·
Frekuensi: 3 mm (0.118 in)
·
Ukur lilit: 0.7 m (2 kaki 4 in)
·
Sasaran: Menjejak 32, menyerang 8
·
Jarak: 400 km (248 batu)
·
EPR: 3 m² (32.3 kaki²) di jarak 160 km (99.4 batu)
·
RCS: 0.01 m² di jarak 90 km (55 batu)
·
Azimut: +/-70°, +90/-50°
·
Kuasa: 4,000 W
·
Berat: 65 hingga 80 kg (143 hingga 176 lb)