Sabtu, 01 Juni 2013

PESAWAT TEMPUR Materi PPGT PESAWAT UDARA


Sukhoy PAK FA/ T50


Sukhoi PAK FA (atau PAK-FA) merupakan sebuah pesawat pejuang generasi ke-5
yang sedang dibangunkan oleh Rusia. PAK FA merupakan singkatan bagi
Perspektivnyi Aviatsionnyi Kompleks Frontovoi Aviatsyi (Перспективный
авиационный комплекс фронтовой авиации dalam Bahasa Rusia) yang
bermaksud Sistem Pesawat Prospektif Penerbangan Barisan Hadapan. Ia
sedang dibangunkan oleh Sukhoi OKB, yang mana kod rujukan projek dalamannya
adalah T-50. Pembangunan PAK FA adalah bertujuan untuk mengantikan pesawatpesawat

MiG-29 Fulcrum dan Su-27 Flanker di dalam perkhidmatan dengan Tentera
Udara Rusia. Pesawat ini telah membuat penerbangan sulung pada 29 Januari,
2010 dan dijangka akan memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara Rusia pada
tahun 2013. PAK FA telah direka untuk bersaing dengan pesawat F-22 Raptor dan
F-35 Lightning II, yang mana merupakan jet pejuang generasi ke-5 di dunia.

SEJARAH
Pada akhir 1980-an, Kesatuan Soviet telah menggariskan keperluan untuk pesawat
generasi baru bagi mengantikan angkatan pesawat MiG-29 dan Su-27 dalam
perkhidmatan barisan hadapan. Dua projek telah dicadangkan bagi memenuhi
keperluan ini, iaitu Sukhoi Su-47 dan Mikoyan Projek 1.44. Pada 2002, Sukhoi telah
dipilih bagi mengetuai rekabentuk pesawat tempur baru. PAK FA akan
menggabungkan teknologi dari kedua pesawat Su-47 dan MiG 1.44.

Pusat Pengeluaran dan Saintifik Teknokompleks, Ramenskoye Instrument Building
Design Bureau, Institut Penyelidikan Saintifik Pembinaan Peralatan (Zhukovskiy),
Kilang Mekanikal dan Optikal Ural (Yekaterinburg), firma Polet (Nizhniy Novgorod)
dan Institut Kejuruteraan Penyelidikan Radio Pusat (Moscow) telah diumumkan
sebagai pemenang dalam pertandingan yang diadakan pada awal 2003 untuk
membangunkan kelengkapan avionik bagi pesawat generasi ke-5. NPO Saturn pula
telah dikenal pasti untuk mengetuai kerja pembangunan enjin bagi pesawat ini.
Persatuan Pengeluaran Penerbangan Novosibirsk Chkalov (NAPO) telah memulkan
pembinaan pesawat tempur generasi ke-5. Kerja-kerja ini telah dilakukan di
Komsomol'sk-on-Amur; berdasarkan kenyataan Pengurus Besarnya Fedor Zhdanov
semasa lawatan ke NAPO oleh Gabenor Novosibirsk Oblast, Viktor Tolokonskiy
pada 6 Mac 2007.
Pada 8 Agustus 2007, Komander Tentara Udara Rusia, Aleksandr Zelin telah dipetik
oleh agensi akhbar Rusia mengatakan bahwa tahap pembangunan bagi program
PAK FA telah selesai dan pembinaan pesawat prototaip untuk ujian penerbangan
telah bermula.

Karakteristik umum
·         Kru: 1/2 untuk versi India
·         Panjang: 22.0 m
·         Lebar sayap: 14.2 m
·         Tinggi: 6.05 m
·         Luas sayap: 78.8 m²
·         Bobot kosong: 18,500 kg
·         Bobot terisi: 26,000 kg
·         Bobot berguna: 7,500 kg
·         Bobot maksimum lepas landas: 37,000 kg
·         Mesin: 2× Saturn-Lyulka AL-41F turbofan
·         Dorongan kering: 96.1 kN masing-masing
·         Dorongan dengan pembakar lanjut: 152 kN masing-masing

Kinerja
·         Laju maksimum: Mach 2+ di altitud (2450+ km/j, 1,500 bsj)
·         Had-g: 9 g)
·         Laju jelajah: 1,300 km/j (807.8 bsj)
·         Jarak jangkau ferri: 4,000 to 5,500 km
·         Batas tertinggi servis: 20,000 m
·         Laju panjat: 350 m/s
·         Beban sayap: 470 kg/m²
·         Dorongan/berat: 0.84 (tujahan kering)
·         Dorongan/berat minimum:
·         Dengan pembakar lanjut: 1.19
·         Keperluan panjang landasan: 350 m (1,148 kaki)
·         Ketahanan: 3.3 jam (198 minit)
·        Persenjataan
·         Senjata api: 2× meriam dalaman berkaliber 30 mm
·         Titik keras: 8 tenggekan, 4 pada setiap belah pesawat.

Avionik
·         Radar: Radar N050(?)BRLS AESA/PESA (peningkatan IRBIS-E) pada Sukhoi Su-35
·         Frekuensi: 3 mm (0.118 in)
·         Ukur lilit: 0.7 m (2 kaki 4 in)
·         Sasaran: Menjejak 32, menyerang 8
·         Jarak: 400 km (248 batu)
·         EPR: 3 m² (32.3 kaki²) di jarak 160 km (99.4 batu)
·         RCS: 0.01 m² di jarak 90 km (55 batu)
·         Azimut: +/-70°, +90/-50°
·         Kuasa: 4,000 W
·         Berat: 65 hingga 80 kg (143 hingga 176 lb)